Daisypath Vacation tickers
Daisypath Friendship tickers

21 March 2013

Tanda-tanda hampir melahirkan



Aku skrg ni tunggu masa jer..bila la baby nak keluar..baby nak tunggu bulan 4 kot..so ni saja2 jer nak amek tahu..yer la..1st baby..mna ada pengalaman lagi..so ni dpt dr hasil pencarian dgn pakcik google..


Bayi turun ke bawah : ikut scan minggu lepas..mmg baby dh turun sikit.

Perut menjadi ringan sekitar dua minggu sebelum kelahiran kerana kepala bayi sudah pun ‘turun’ ke dalam kawasan rangka tulang pelvis.

sakit di bahagian kelangkang kerana bayi menekan. Yg ni mmg sakit..nk tukar posisi dr terlentang ke mengiring pun sakit. Nk bangun dari duduk, mmg rasa nk menangis la sakit dia..

kerap membuang air kecil semasa ini kerana bayi menekan pundi kencing. Yess..mmg pun..

sakit perut, memulas nak berak tapi sembelit. Hmm...minggu ni hari2 memulas..

kerap buang air besar

kerap terkentut..haha..sangat2..lepas solat selalu nk tunggu..tp slalu la kentut.

Keluar lendir pekat atau keluar darah bercampur lendir.

Lendir pekat seperti gam lekang dari laluan pintu rahim apabila pintu rahim mula menipis.

Lendir bercampur darah pula keluar apabila pintu rahim mula membuka. Boleh berlaku beberapa jam atau beberapa hari sebelum bersalin.Segera ke hospital.

Sakit belakang -Bayi beralih dan menekan tulang belakang anda. -Untuk mengurangkan sakit belakang anda, posisikan diri anda seperti merangkak (tapi jangan merangkak ke depan!), dan angkat atau tinggikan badan anda ke atas, tunggu kiraan 5 dan rehatkan badan anda. Ulangi lagi.Anda juga boleh mengurangkannya dengan banyakkan berjalan. Ia juga akan mempercepatkan kelahiran anda. Jika sukar untuk anda berjalan, minta suami anda urut belakang anda dengan kuat semasa anda berbaring mengiring. Hmm..mmg hari2 sakit belakang. Tp en suami jauh..huhu

Pecah air ketuban Air ini biasanya keluar dengan banyak dari vagina. Warnanya jernih, tanpa bau. Segera ke hospital. -Pintu pangkal rahim terbuka dan menipis Doktor akan melakukan pemeriksaan vagina. Pembukaan di bahagian pangkal rahim atau servik dikesan dengan skala 1 hingga 10.

Kontraksi yang tetap dan berterusan -Kira kontraksi atau pengecutan otot rahim anda.


So....Bila Perlu ke Hospital?

Segera ke Hospital untuk kepastian doktor bila:
-kontraksi 5 minit sekali selama 1 jam. (datang lebih cepat jika anda tinggal jauh. Anda pasti tak mahu bersalin dalam kereta. )
-keluar air ketuban.
-pergerakan bayi menjadi kurang kerap.
-keluar darah dari vagina

0 comments: