Daisypath Vacation tickers
Daisypath Friendship tickers

29 December 2011

Prosedur Permohonan Berkahwin

Kat sini, aku nak citer step by step
untuk dapatkan kebenaran berkahwin dari pejabat agama.

1. Perlu tahu anda & pasangan perlu berurusan dengan pejabat agama mana
aku bagi contoh aku & encek tunang la..
Encek tunang orang batu gajah, perak.
Aku orang kajang,selangor.
Kami akan menikah di kajang,selangor.
so,
Encek tunang perlu berurusan dengan pejabat agama batu gajah, perak.
Aku perlu berurusan dengan pejabat agama hulu langat, selangor.
*sebab kajang dalam daerah hulu langat..

2. Pihak lelaki perlu selesaikan borang permohonan beliau dan seterusnya 
mendapatkan kebenaran berkahwin dari pejabat agama yang beliau berurusan.
so..dalam kes aku, encek tunang berurusan dengan pejabat agama batu gajah.
so, borang dia adalah borang negeri perak.
encek tunang perlu lengkapkan borang permohonan,
sediakan semua dokumen lampiran
dan dapatkan autograph dari tok kadi qariah tempat tinggal.
then, encek tunang perlu hantar borang tu ke pejabat agama batu gajah.
pihak pejabat agama akan bagitahu bila borang tu boleh diambil semula.
so, pada hari yang ditetapkan, sila la pergi ke pejabat agama untuk kutip borang tu..
jangan gatal2 pergi sebelum tarikh yang diberitahu, sbb anda tidak akan dapat hasil.

3. Pihak perempuan hendaklah dapatkan borang permohonan berkahwin pihak lelaki
yang telah diluluskan oleh pejabat agama di pihak lelaki.
So..dalam kes aku,
semuanya settle dalam msa 2hari,
tapi seminggu kemudiannya baru kami dapat berjumpa..

4. Pihak perempuan perlu lengkapkan borang permohonan berkahwin
dalam kes aku, aku orang selangor..
jadi, aku guna borang negeri selangor..
so, tugas aku, isi borang-borang berkaitan..
sediakan dokumen lampiran yang dikehendaki..
1-Salinan IC Wali
2-Salinan IC Saksi
3-Borang Permohonan Pihak Lelaki yang telah diluluskan
3-Keputusan Ujian Saringan HIV
4-Sijil Kursus Kahwin
5-Salinan Sijil Kursus Kahwin
*ini ape yang negeri selangor nak..lain negeri, lain dokumen..

5. Dapatkan tandatangan tok kadi qariah anda
So, lepas dah ada semua dokumen, dah lengkap isi borang..
anda perlu la dapatkan autograph tok kadi a.k.a jurunikah di kawasan anda.
Lepas dah dapat sign tok kadi, pergi la fotostat semua dokumen & borang
yang dah bersign tu 1 copy..

6. Hantar borang permohonan ke Pejabat Agama
Sila bawa borang & dokumen asal
dan juga,
semua dokumen & borang yang anda fotostat tu
jangan lupa, borang lelaki..ini penting..
pergi kat kaunter, cakap nak hantar borang nikah.
dia akan amek yang asal & yang fotostat, pastu dia akan cop.
kita kena bayar RM10..so, sila sediakan duit ok..
then dia akan bagitahu bila kita boleh datang amek borang tu semula.
selalunya, borang tu settle dalam tempoh 2hari bekerja..

7. Pergi ambil borang permohonan yang telah diluluskan
Datang berlenggang jer..
pergi kaunter, cakap nk amek borang nikah yang dah dihantar pada ____
dia akan tanya nama & tempat nikah..
so, jawab jer..
dia akan cari n bagi kat kita borang tu..

8. Serahkan borang permohonan yang telah diluluskan kepada Tok Kadi
Bila dah amek borang tu..jangan la korang wat pekasam
janganla korang berangan nak tenung borang tu sampai hari nikah..
sebab..
borang tu perlu diserahkan kepada tok kadi yang akan jadi jurunikah anda kelak.

9. Tunggu hari pernikahan anda!!!
Sila pastikan penantian anda ini sekurang2nya 5hari..
sebab STEP 6 perlu diselesaikan
SELEWATNYA 7HARI BEKERJA dari TARIKH NIKAH anda

10. Di Hari Pernikahan anda...
tok kadi yang simpan borang nikah anda
akan bawa borang tu pada hari nikah korang..

0 comments: